Liga Super: Penang & Kuching City Sama-Sama Lesu
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Penang FC terpaksa pulang dengan satu mata selepas diikat Kuching City FC tanpa jaringan di Stadium Negeri, Kuching hari ini.

Skuad Harimau Kumbang mahu menamatkan kemarau kemenangan yang berlarutan selama enam bulan. Kali terakhir mereka menang ialah ke atas Kuching City di Stadium Bandaraya pada penghujung April lalu.

Sementara tuan rumah pula mahu meneruskan rentak cemerlang di bawah bimbingan jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Penang banyak mendominasi perlawanan. Begitupun, barisan pertahanan Il Gatto yang diketuai pertahanan veteran Rames Lai Ban Huat memastikan kedudukan kekal 0-0.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pendahuluan.

Malangnya, ketumpulan barisan serangan Kuching City dan Penang mendorong jurulatih kedua-dua pasukan membuat pertukaran.

Advertisements

Jurulatih Penang, Chong Yee Fat memasukkan Adriano Narcizo dan Hadin Azman bagi menambah ketajaman di bahagian serangan.

Sementara Aidil memasukkan Diego Baggio Test dan Zahrul Nizwan Joe Kifli @ Zulkeflee bagi memantapkan barisan anak-anak buahnya.

Malangnya, gol yang dicari tidak muncul dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada akhir perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing kekal di tangga ke-11 dan ke-13 liga selepas 23 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram