Liga Super: Perak Bergelut Diikat PDRM
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Hasrat Perak untuk melakar kemenangan pertama Liga Super tidak kesampaian hari ini. Ini selepas skuad Seladang diikat tanpa jaringan oleh PDRM di Stadium MBPJ dalam perlawanan tunggal liga hari ini.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi memburu kemenangan pertama liga. Bagaimanapun, jentera serangan yang tumpul menghampakan kedua-dua pasukan.

Bukan sekali jentera serangan Perak diketuai Hadi Fayyadh mengancam pertahanan Sang Saka Biru. Percubaan terbaik mereka hadir menerusi penyerang Korea Selatan, Seo Seon-ung menerusi satu sepakan jarak jauh tetapi berjaya ditepis Ramadhan Hamid.

Advertisements

Sementara PDRM pula hampir memecah kebuntuan menerusi Bruno Suzuki. Tetapi malangnya, percubaannya terkena palang gol sebelum melantun keluar. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Perak dan PDRM menggandakan serangan. Sang Saka Biru dilihat lebih hampir membuka tirai jaringan tetapi kerap dihampakan penjaga gol utama The Bos Gaurus, Bryan See Tian Keat. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan seri ini membolehkan kedua-dua pasukan mengutip mata pertama musim ini dan meletakkan mereka pada kedudukan ke-10 dan ke-11 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram