Liga Super: Sabah Malukan Kedah Di Likas
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah di laman sendiri. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi misi memburu tiga mata penuh. Kedah hadir tanpa Syafiq Ahmad dan Halim Saari yang difahamkan beraksi bersama skuad Piala MFL.

Ad

Seawal 2 minit permainan, Sabah membuka jaringan menerusi Saddil Ramdani yang cemerlang menyempurnakan sepakan penalti selepas Rizal Ghazali menjatuhkan Miguel Cifuentes didalam kotak penalti.

Ad

Pemain sayap Sabah, Jafri Firdaus Chew terpaksa dikeluarkan pada minit ke-37 permainan selepas mengalami kecederaan dan digantikan dengan Kumaahran Sathavisam. 

Ad

Tiga minit sebelum separuh masa pertama, Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Cleylton Santos.

Ad

Sabah memulakan babak kedua dengan luar biasa, pemain import, Joao Pedro berjaya menjaringkan gol kedua pasukan selepas gerakan menarik yang dihasilkan oleh Kumaahran Sathavisam dan Miguel Cifuentes.

Ad

Pada minit ke-63 permainan, Kedah kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang import Kedah, Milos Gordic yang mudah menyermpurnakan hantaran daripada Sony Norde.

Sabah kembali dihadapan pada minit ke-68 menerusi Joao Pedro menjaringkan gol ketiga pasukan dengan ‘cip’ bijak melemaskan penjaga gol Kedah, Ifwat.

Kemasukan Kumaahran Sathasivam tidak sia-sia apabila beliau berjaya menjaringan gol keempat Sabah pada minit ke-83 permainan selepas mudah menyempurnakan hantaran kemas daripada Farhan Roslan.

Pada minit ke-91 permainan, giliran Gary Steven Robbat pula menambah jaringan kelima pasukan sekali lagi lorongan bijak daripada Farhan Roslan. Keputusan tamat , Sabah 5-2 Kedah.

Skuad kendalian Ong Kim Swee ketika ini berada di tangga ke-3 Liga Super dengan 23 mata sementara Kedah duduk di tangga ke-10 dengan 13 mata.