Liga Super: Sabah Tundukkan 10 Pemain Negeri Sembilan
Liga Super
MakanBola
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC berjaya menamatkan rentetan kekalahan sebelum ini dengan berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik apabila tidak dapat menggunakan Saddil Ramdani dan Darren Lok. Manakala Negeri Sembilan mencipta kejutan apabila hanya menurunkan dua import di dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Perlawanan dimulakan dengan Sabah mula memberikan tekanan awal melalui serangan bertali arus sekali gus memaksa Negeri Sembilan bertahan.

Hasil serangan berterusan, Sabah akhirnya berjaya dihadapan seawal minit ke-13 melalui jaringan Daniel Ting selepas menyambar hantaran Telmo Castenheira. Sabah di hadapan 1-0.

Advertisements

S. Kumaahran hampir menggandakan kedudukan buat Sabah pada minit ke-23 selepas beliau menanduk sepakan sudut namun ianya berjaya diselamatkan Aqil Razak di gawang Negeri Sembilan.

Walaupun Sabah meneruskan serangan ke kubu Negeri Sembilan namun tiada tambahan jaringan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan membawa masuk Jacque Faye bagi mengimbangi bahagian tengah yang selesa dikawal pemain-pemain Sabah.

Negeri Sembilan menerima tamparan hebat apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Norfiqrie Taib dilayangkan kad merah kerana mengasari Azhad Harraz.

Advertisements

Negeri Sembilan yang kurang seorang pemain cuba mengatur langkah dan mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-68 namun tandukan jarak dekat Mika Junco sedikit tinggi dan tersasar.

Jacque Faye turut tidak ketinggalan untuk mencipta peluang apabila pada minit ke-74, beliau menanduk deras sepakan percuma namun ianya agak tinggi.

Advertisements

Semangat melawan Negeri Sembilan seakan-akan hampir ke penghujungnya apabila Sabah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-78 selepas Telmo dikasari pertahanan Negeri Sembilan.

Jafri Firdaus yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak mensia-siakan peluang apabila mudah menewaskan Aqil Razak untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak Sabah.

Advertisements

Pada masa kecederaan, perlawanan dicemari insiden pergaduhan kedua-dua pasukan yang melibatkan pemain gantian Sabah, Harris Stamboulidis dan pemain Negeri Sembilan, Izzudin Roslan.

Negeri Sembilan cuba mengasak di akhir perlawanan namun kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Sabah.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, Sabah akan bertemu Kuala Lumpur City FC pada 31 Julai manakala Negeri Sembilan pula akan bertemu Terengganu FC pada 30 Julai.

News Comments Account