Advertisement
Liga Super: Selangor Kebal Di Laman Sendiri, Tewaskan  KL City
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Pertembungan Liga Super ke-18 antara pasukan menentang KL City berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun Selangor kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan.

The City Boys turun dengan momentum terbaik di bawah kendalian pengendali baharu, Nenad Bacina.

Percubaan tepat oleh KL City hadir menerusi sepakan percuma Paulo Josue namun mudah ditangkap oleh penjaga gol tuan rumah, Sam Somerville.

Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe bangkit dengan melakukan dua percubaan berbahay menerusi Orozco dan juga Ayron Del Valle namun diselamatkan oleh Kevin Ray Mendoza.

Selangor mendahului permainan seawal minit ke-32 menerusi tandukan pertahanan tengah, Harith Haiqal.

Babak pertama tamat 1-0.

Bersambung babak kedua, Selangor memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan namun ketangkasan Kebin Mendoza menafikan setiap peluang yang terhidang.

Hasrat tuan rumah untuk menambah jaringan terhasil apabila percubaan Mukhairi Ajmal terbias lalu menerjah gawang.

Usaha pasukan pelawat untuk mendapatkan jaringan saguhati tidak berhasil hingga tamat permainan.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan 43 mata.

Bagi aksi seterusnya, KL City akan berdepan Sabah manakala Selangor akan ke Paroi nagi menghadapi cabaran Negeri Sembilan.