Advertisements
Liga Super: Selangor Pamer Taring Benam KL City
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-3. 

Pada minit ke-24 permainan, Tchetche Kipre meletakkan KL City dihadapan apabila rembatan deras dari luar kotak berjaya menerjah gawang gol. 

Selang beberapa minit permainan,  pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan KL City, Kamal Azizi. 

Penyerang import Selangor, Ayron del Valle mudah menyempurnakan sepakan tersebut menewaskan penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Pada minit ke-40 permainan, Selangor sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas Ayron del Valle dijatuhkan oleh Azri Ghani dalam kotak penalti. 

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim berjaya menjaringkan gol pertama peribadinya menerusi sepakan tersebut.

Penyerang import Selangor, Ayron Del Valle menggandakan kedudukan pada minit ke-53 permainan apabila beliau menyempurnakan hantaran lintang daripada pemain sayap, Hein Tet Aung. 

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Keputusan kekal dengan jaringan KL City 1-3 Selangor.