Liga Super: Selangor Perkukuh Kedudukan Ke Asia, Tewaskan Perak
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Aksi Liga Super 2023 bersambung dengan menyaksikan pasukan Selangor FC berjaya mengukuhkan kedudukan kedua liga dengan menundukkan Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe bermula garang apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Sharul Nazeem yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Yohandry Orozco.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Perak cuba mengatur gerak dan percubaan terbaik hadir menerusi sepakan percuma Luciano Guaycochea namun ditepis keluar penjaga gol, Sam Somerville.

Advertisements

Selangor terus mengasak dan kini giliran Mukhairi Ajmal untuk menggandakan jaringan selepas menerima hantaran daripada Ayron Del Valle di dalam kotak penalti pada minit ketiga puluh tiga.

Separuh masa pertama berakhir dengan Selangor mendahului Perak 2-0.

Advertisements

Babak kedua bermula, Selangor dilihat terus merencana serangan-serangan menarik terutamanya menerusi gandingan Faisal Halim dan Yohandry Orozco.

Hasilnya, rembatan deras Yohandry Orozco berjaya menewaskan penjaga gawang Perak FC, Shaheeswaran Thavakumar pada minit ketujuh puluh dua permainan.

Advertisements

Tujuh minit kemudian, Ayron Del Valle pula menambah luka Perak FC menerusi rembatan yang terus menerjah gawang gol Perak FC.

Tamat permainan, Selangor FC 4-0 Perak FC.

Advertisements

Dengan kemenangan ini, Selangor FC telah mengutip 55 mata dari 24 perlawanan dan mengukuhkan kedudukan kedua Liga Super sekaligus berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke Piala AFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram