Liga Super: Sri Pahang  Bawa Pulang Satu Mata Berharga Dari Terengganu
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC
Advertisements

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-9 malam ini menyaksikan Derbi Pantai Timur antara Terengganu dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri.

Pasukan pelawat, Sri Pahang pastinya masih memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Super. Manakala, Terengganu pula mahu terus mengejar kedudukan terbaik liga ketika ini. 

Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, pasukan tuan rumah dilihat lebih teknikal mengawal bola.

Pemain tengah Sri Pahang, Stefan Brundo hampir menghadiahkan gol pembukaan pasukan menerusi sepakan percuma, namun penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin lebih bersedia selepas setengah jam permainan. 

Advertisements

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Terengganu membuka jaringan pertama menerusi pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov yang bijak melakukan rembatan dari luar kotak menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Azfar Arif.

Empat minit sebelum tamat permainan, pemain import Sri Pahang, Stefano Brundo berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan deras ke arah gawang gol menerusi sepakan sudut.

Skuad kendalian Fandi Ahmad masih belum mendapatkan kemenangan pertama menentang Terengganu dalam tujuh pertemuan sebelum ini.

Advertisements

Selepas ini, Terengganu akan berdepan Sabah FC dan Sri Pahang akan menerima kunjungan PDRM FC pada 15 September bagi saingan Liga Super seterusnya.

News Comments Account