Liga Super: Sri Pahang Bergelut Atasi Cabaran Perak
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Sri Pahang FC memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila menundukkan Perak FC 1-0 dalam aksi sebelah petang Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini.

Beraksi pada sebelah petang buat kali keempat musim ini, skuad Tok Gajah berharap dapat kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah Sabah FC 4-0 pada 15 Julai lalu.

Babak pertama menyaksikan pasukan pelawat yang turun tanpa jurulatih Yusri Che Lah kental menyerap asakan tuan rumah diketuai penjaring terbanyak mereka, Kpah Sherman.

Advertisements

Peluang terbaik Sri Pahang FC hadir menerusi Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-40 tetapi sepakannya terkena palang. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan dan berhasil memecah kebuntuan menerusi Kpah pada minit ke-56. Gol tersebut merupakan gol ke-10 beliau bersama Sri Pahang FC.

Skuad Tok Gajah berusaha menambah jaringan tetapi penyudah yang kurang berkesan memastikan kemenangan 1-0 tuan rumah kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini memastikan Sri Pahang FC berkongsi mata sama dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC iaitu 37 mata. Bagaimanapun, KDA FC kekal di tangga ketiga kerana mempunyai kelebihan jaringan.

Sementara Perak FC pula kekal di tangga ke-11 liga dengan 13 mata, lima mata memisahkan mereka dengan pasukan tempat ke-12, Kelantan United FC.

Kedua-dua pasukan bakal bersaing dalam Piala Malaysia 2023 dengan Perak FC menentang KDA FC pada 3 Ogos. Manakala Sri Pahang FC pula berdepan pasukan Liga M3, Harini FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram