Liga Super: Sri Pahang Mandi Peluh Tewaskan Penang
Liga Super
Advertisements

Perlawanan Liga Super petang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-0. 

Sri Pahang turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan ketika ini menduduki tangga ke-2 liga. 

Manakala bagi pasukan Penang kini berada dalam momentum terbaik selepas menang dua perlawanan berturut-turut dan menghuni tangga ke-8 liga.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, barisan pemain Sri Pahang dilihat gugup sehingga menyebabkan hampir keseluruhan separuh masa pertama pasukan Penang menguasai permainan.

Tiga minit separuh masa kedua bermula, penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti untuk memberi kelebihan buat Tok Gajah.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Sri Pahang kekal rekod tanpa kalah dan pasukan Penang gagal mencuri sebarang mata.

Advertisements

Selepas ini, Sri Pahang akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan seterusnya manakala Penang akan berjumpa Terrengganu pada 24 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram