Terengganu diikat 0-0 oleh pasukan Penang dalam aksi minggu ke-3 saingan Liga Super musim 2026-27 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Terengganu membariskan Suhaimi Husin di benteng terakhir dan Gervane Kastaneer menjadi ayam tambatan pasukan dengan Manuel Ott menggalas lilitan kapten.
Sementara itu, Penang menurunkan Khairul Azhan di bahagian penjaga gol dan Haqimi Azim di jentera serangan.
Sang Penyu dilihat melakukan beberapa serangan berbahaya pada awal babak pertama aksi dengan kelincahan Mateusinho dan Gervane Kastaneer.
Penang turut melepaskan beberapa percubaan tepat ke arah kubu Terengganu menerusi Shahrel Fikri namun gagal menepati sasaran.
Memasuki minit ke-35 kedudukan masih terikat tanpa jaringan meskipun kedua-dua pasukan melakukan lambakan percubaan.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak meningkatkan intensiti perlawanan bagi mencari gol pembukaan aksi.
Terengganu dilihat melancarkan beberapa percubaan tepat menerusi Habib Haroon dan Kastaneer namun segala percubaan berjaya dipatahkan oleh pihak lawan.
Penang turut melakukan beberapa percubaan berbahaya menerusi ayam tambatan utama pasukan namun percubaan beliau gagal menerjah jaring Terengganu.
Walau bagaimanapun, keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Meskipun terikat 0-0, Terengganu dan Penang sudah berjuang habis-habisan sehingga ke wisel penamat.
Selepas ini, Terengganu bakal menentang Brunei DPMM bagi aksi pertama pusingan 16 Piala FA musim ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 9 September.
Sementara itu, Penang bakal meneruskan aksi dalam saingan Piala FA dengan menentang Melaka bagi perlawanan kedua pusingan 16 musim ini di halaman sendiri pada 9 September.