Liga Wanita Nasional: Kelana United ‘Diratah’ Malaysian University
Bola Sepak Wanita
FA Malaysia
Advertisements

Malaysian University mencipta kejutan dengan mengalahkan Kelana United dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional 2023.

Kelebihan tampak memihak kepada Kelana United kerana dibarisi ramai pemain Malayan Tigress termasuk kapten Intan Sarah Sarah Zulgafli.

Begitupun, Malaysian University mengejutkan pelawat dengan gol pertama pada minit ke-16 menerusi Nur Syafiqah Zainal Abidin.

Advertisements

Tersentak, Kelana United cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal memihak tuan rumah sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Kelana United makin ketinggalan apabila tuan rumah menyumbat gol kedua menerusi Nur Adrienna Zamzaihiri pada minit ke-51.

Advertisements

Kelana United berjaya merapatkan jurang menerusi Nur Ainsyah Murad pada minit ke-62.

Begitupun, kebangkitan yang dicari anak-anak buah Razman Roslan tidak muncul. Sebaliknya, Malaysian University kembali melebarkan kedudukan menerusi Nurfazira Muhammad Sani pada minit ke-89.

Advertisements

Kemenangan ini membolehkan Malaysian University menghambat Kelana United dengan perbezaan tiga mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram