Lilitan Kapten Buat Safawi Rasid Rasa Dihargai Di Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Sayap baharu Terengganu FC, Safawi Rasid rasa dihargai apabila diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten.

Bagi Safawi, lilitan kapten itu sebenarnya tidak begitu penting kerana sebagai pemain yang lebih penting adalah memperagakan persembahan terbaik ketika turun beraksi.

“Sudah tentu saya sangat hargai diberi kepercayaan sebagai kapten Ppasukan. Tapi saya tidak tahu lagi, mungkin lepas ini berubah atau tidak. Tapi walaupun lepas ini kalau saya tidak jadi kapten, saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan kami.”

Advertisements

“Bagi saya, tidak ada masalah untuk sesiapa menjadi ketua pasukan. Saya rasa semua pemain perlu memberikan kerjasama buat pasukan,” ujar Safawi.

Karakter sebagai kapten pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini turut terbukti ketika tindakan terpujinya dalam aksi persahabatan pra-musim Terengganu baru-baru ini yang memberikan peluang buat rakan sepasukannya iaitu Ismaheel Akinade mengambil sepakan penalti.

Pemain berusia 27 tahun ini tekad untuk berusaha sebaik mungkin membantu pasukan menamatkan musim di kedudukan terbaik dalam liga.

Advertisements

Beliau yakin dan percaya dengan gandingan pemain baharu dan lama dalam skuad Terengganu ketika ini akan menambah kekuatan dalam pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner.

“Saya dah dah lama tak bermain, jadi disini saya perlu buktikan sesuatu. Dengan kehadiran Akhyar, pemain baru dan pemain lama serta juga jurulatih yang akan membantu kami, saya rasa tahun ini kita akan berjuang untuk jadi pasukan terbaik.”

Untuk kempen pra-musim kali ini, Terengganu telah mengharungi sebanyak tiga perlawanan. Skuad kendalian Tomislav Steinbrucker telah mencatat satu kekalahan kepada Selangor II dengan keputusan 2-1 dan mencatat kemenangan dalam dua siri persahabatan seterusnya iaitu ketika berdepan PDRM (6-1) dan Negeri Sembilan (3-2).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram