Pra-Musim: Terengganu Bangkit Jinakkan Negeri Sembilan
Persahabatan
NSFC
Advertisements

Terengganu dan Negeri Sembilan beraksi dalam kempen pra-musim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan hari ini.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tepati ramalan apabila mencatat kemenangan bergaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-2.

Aksi separuh masa pertama perlawanan tamat dengan Negeri Sembilan mendahului Terengganu dengan jaringan 2-1. Kedua-dua jaringan Negeri Sembilan telah dijaringkan perancang baharu dari Jepun, Takumi Sasaki sementara gol Terengganu diledak Engku Shakir.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Terengganu berjaya bangkit dengan meledak 2 gol menerusi Marin Pilj pada minit ke-73 dan pemain muda gantian Hairey Hakim pada minit ke-80.

Dua jaringan tersebut sekaligus memberi kemenangan bermakna buat Terengganu di laman lawan. Aksi tamat, Negeri Sembilan 2-3 Terengganu.

Terengganu dalam kempen pra-musim kali ini telah beraksi sebanyak tiga perlawanan. Bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada Selangor II dengan keputusan 2-1 namun anak buah Tomislav Steinbruckner bangkit dalam dua siri persahabatan seterusnya apabila menang berdepan PDRM (6-1) dan menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram