Lim Teong Kim Anggap Padang Tak Rata & Bola Seperti Katak Sukarkan Perak Main Bola
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim tampil memberi penjelasan sebaik sahaja pasukannya terikat 0-0 dengan Kelantan United.

Pengendali berusia 55 tahun itu masih gagal menemui rentak kemenangan semenjak mengambil alih pasukan yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Beliau menganggap bahawa keadaan permukaan padang di Stadium Sultan Muhamad IV yang tidak rata telah menyebabkan pasukannya tidak berjaya mempersembahkan corak permainan yang baik.

Advertisements

“Padang di sini memang susah nak main bola kerana padangnya tidak rata.”

Teong Kim juga melihat ia jelas menggugat aksi para pemainnya tatkala kawalan bola juga menyukarkan misi mereka.

Advertisements

“Bola pula dia datang seperti ada katak melompat-lompat. Jadi untuk kita bermain combination football seperti yang kita selalu main sukar,” jelasnya.

Ketika ini, barisan penyerang The Bos Gaurus hanya dapat menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan sementara bolos empat jaringan bertemu Kedah tempoh hari.

Advertisements

Namun begitu, antara perkara yang positif adalah pasukannya berjaya mencatat dua rekod tanpa bolos sekaligus menyaksikan hanya jentera serangan yang perlu diasah bagi aksi berikutnya.

Perak akan bertemu Sri Pahang dalam aksi pusingan pertama Piala FA Rabu ini di Ipoh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram