Lim Teong Kim Bakal Tinggalkan Perak?
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Dengan prestasi Perak yang terumbang-ambing dalam Liga Super musim ini, ramai mengagak kedudukan jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim dalam keadaan bahaya. Dan hari ini, satu laporan mendedahkan pengurusan The Bos Gaurus bakal merehatkan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu.

Menurut satu ciapan yang dibuat editor MakanBola, Syafiq Freman di Twitter hari ini, keputusan tersebut telah diputuskan oleh pengurusan kelab. Satu pengumuman rasmi berkenaan kedudukan Teong Kim bakal dibuat dalam masa terdekat.

Sekiranya hal ini disahkan, Teong Kim bakal menjadi jurulatih ketiga yang disingkirkan dalam Liga Super musim ini selepas Choi Moon-sik (Kelantan) dan Tomas Trucha (Kelantan United).

Advertisements

Khabar ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi penyokong Perak lebih-lebih lagi dengan statistik pasukan dalam liga ketika ini. Liga Super musim 2023 menyaksikan The Bos Gaurus hanya meraih dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan selepas 12 perlawanan.

Selain itu, Perak juga turut berdepan isu disiplin terutama membabitkan kad merah. Penggantungan akibat isu disiplin ini banyak merugikan peluang Seladang meraih tiga mata penuh atau sekurang-kurangnya satu mata.

Biarpun ramai mengagumi kesungguhan Teong Kim memberi peluang kepada ramai pemain muda dalam pasukan Perak, kekurangan pengalaman dilihat menjejaskan mereka bersaing dengan pasukan-pasukan Liga Super lain. Ini termasuk perlawanan Liga Super menentang Sabah beberapa hari lepas.

Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) bakal menjelang tidak lama lagi, jurulatih mana yang akan dibawa masuk pengurusan Perak perlu membina pasukan yang lebih baik. Ini bagi memastikan kedudukan liga sedia ada menjadi lebih baik bila memasuki separuh kedua musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram