Lim Teong Kim Bertikam Lidah Dengan Penyokong Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim dikesan bertikam lidah dengan para penyokong susulan kekalahan kepada Sri Pahang FC di laman sendiri.

Pengendali berusia 59 tahun itu dilihat bergelut untuk mencari formula bersama skuad yang dibarisi ramai muda selepas hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini.

The Bos Gaurus juga sebelum ini telah pun ditundukkan oleh lawan yang sama pada aksi pusingan pertama Piala FA sekaligus menyebabkan mereka tersingkir.

Advertisements

Walau bagaimanapun, sebilangan penyokong Perak tidak berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh pasukan kesayangan mereka yang tewas kali ke-3 musim ini.

Menerusi satu hantaran video di media sosial, berlakunya pertengkaran antar Teong Kim dan para penyokong sejurus tamat perlawanan di Ipoh.

Advertisements

Mereka dilihat berbalas kata-kata sambil provokasi tersebut dilihat menyebabkan jurulatih tersebut tidak selesa.

“Kamu cakap saja tapi siapa pemain kita yang bijak ambil peluang.”

Advertisements

“Saya tanya kamu siapa bijak ambil peluang. Kalau begitu kamu jadi coach la,” ujar beliau kepada penyokong tersebut.

Perak ketika ini berada pada tangga ke-6 setakat ini selepas 5 perlawanan Liga Super dengan tekanan semakin memuncak untuk melihat pasukan terus meraih kemenangan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram