Lim Teong Kim Buat Arif Aiman Marah
Liga Super
@ASTROARENA
Advertisements

Seperti diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan dengan membelasah Perak 5-0 di Stadium Perak hari ini. Tetapi apa yang menarik perhatian penonton ialah pertengkaran antara jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.

Insiden ini berlaku sekitar minit ke-74. Dengan bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman meminta bola daripada Teong Kim untuk balingan ke dalam memandangkan bola dikeluarkan pemain Perak.

Tetapi balingan pantas bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu hampir mengenai kepalanya tetapi berjaya disambut pemain sayap kebangsaan itu.

Advertisements

Tindakan beliau itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pemain JDT termasuk Arif Aiman dan penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva. Pertengkaran tersebut berlanjutan sehinggalah pengadil melayangkan kad kuning kepada Teong Kim.

Sebaik video pertengkaran Teong Kim-Arif Aiman dimuatnaik ke internet, ia mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan para penyokong. Ada menyifatkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku bagi individu yang pernah melatih skuad remaja Bayern Munich.

Advertisements

Ada juga yang menganggap Teong Kim menunjukkan perwatakan sebenar dirinya sebagai jurulatih dengan mentaliti kelab kecil. Tidak kira apa pun anggapan orang di luar sana, tindakan beliau menambah lagi duka yang dialami skuad The Bos Gaurus itu malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram