“Lim Teong Kim Bukan Di NFDP Lagi” – Azraai Khor
Liga Super
TNP
Advertisements

Prestasi terumbang-ambing Perak di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim bukan saja meresahkan penyokong Seladang. Malah, bagi bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, ia juga satu peringatan bahawa Liga Super sentiasa mementingkan keputusan segera di atas padang, bukan agenda jangka panjang yang dibawa Teong Kim.

Semasa pra-musim, The Bos Gaurus telah menggariskan pelan jangka panjang mereka untuk skuad di mana majoritinya ialah pemain-pemain muda. Tetapi dengan hanya satu kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan, Perak kini menduduki tangga ke-10 dengan lima mata.

Lebih menggusarkan penyokong ialah skuad Seladang hanya menjaringkan empat gol dan dibolosi 10 kali. Sementara pemain import yang dibawa seperti Christian Obiozor dilihat tidak memberi impak besar seperti diharapkan.

Advertisements

Dari satu segi, Azraai memahami aspirasi yang cuba dibawa bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu. Tetapi pada masa sama, jurulatih yang menjulang treble sebanyak dua kali itu mengingatkan itu bukan alasan untuknya melepaskan geram terhadap penyokong semasa sidang media.

“Perak mahu (membariskan) pasukan muda (musim ini) tetapi Liga Super bukan satu pertandingan pembangunan (akar umbi). Teong Kim bukan lagi dengan NFDP,” katanya bila dihubungi Timesport.

Atas sebab itu, beliau berharap pengurusan The Bos Gaurus sedar tentang hakikat ini dan berusaha menghentikan kemerosotan pasukan daripada terus berlanjutan. Ini kerana tiada guna berpegang kepada pelan yang dirancang tetapi menjejaskan kualiti permainan di atas padang.

Advertisements

Malam ini, Perak bakal mengharungi aksi Liga Super yang paling sukar. Ini kerana mereka menerima kunjungan juara bertahan dan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram