Lim Teong Kim: Kamu Perlu Tanya Pengurusan, Bukan Saya
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim berharap agar para penyokong tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap prestasi pasukan terhadap dirinya semata-mata.

Pengendali berusia 59 tahun itu jelas tidak memiliki solusi terbaik untuk mengekang cabaran sengit daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 semalam.

Mengulas lanjut, menerusi satu hantaran Tiktok oleh seorang penyokong, beliau sempat bertanya kepada Teong Kim mengenai masalah pasukan Perak ketika ini.

Advertisements

Katanya, The Bos Gaurus terpaksa menelan hakikat bahawa ketiadaan ramai tunjang utama telah menjejaskan rentak permainan semalam dan tidak dapat menjaringkan sebarang gol.

“Apa yang kita ada sekarang kita pakai. Ramai pemain kita cedera, awak perlu lihat berapa ramai yang cedera seperti Sunday dan lain-lain.”

Advertisements

Peminat ini turut berharap agar pihak pengurusan Perak dapat membantu Teong Kim dengan membawa masuk muka baharu yang lebih berkualiti.

“Ya kita akan cuba dapatkan pemain berkualiti tetapi itu bukan budi bicara saya, pengurusan yang perlu nampak bukan saya. Mengapa kesalahan saya, awak tanya pengurusan lah,” jelasnya dalam hantaran Tiktok tersebut.

Advertisements

Beliau juga mengakui bahawa gol-gol yang dijaringkan oleh JDT itu brrpunca daripada kesilapan anak buahnya sendiri sekaligus menyebabkan mereka dihukum.

Perak akan bertemu KL City di Cheras minggu hadapan dalam misi kembali ke landasan terbaik bagi terus bersaing di Liga Super.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram