Lim Teong Kim: Keputusan Perlawanan Tidak Penting
Dunia
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim mahu menilai aksi pemain di atas padang terlebih dahulu sebelum melihat keputusan yang diperoleh pasukan kendaliannya.

Hal ini susulan pasukannya tewas kepada PIB FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi persahabatan pertama di bawah bimbingannya.

Katanya, perlawanan ini boleh dinilai daripada pelbagai aspek termasuklah kelemahannya ketika bertemu juara Liga M3 sekaligus menyebabkan pasukannya berputih mata.

Advertisements

“Keputusan perlawanan tidak penting. Saya mahu melihat apa sebenarnya pemain boleh lakukan di atas padang.”

Teong Kim bagaimanapun dapat mencungkil beberapa perkara positif daripada aksi ini termasuklah kesebelasan bayangan bagi pasukan Perak.

Advertisements

“Keputusan perlawanan ini memang  mendukacitakan tetapi saya lihat aspek-aspek positif dipamerkan terutama pada babak kedua.”

“Kami mencipta banyak peluang tetapi  ketiadaan penyudah menyebabkan kami kecewa. Saya sedar penyokong akan kecewa dengan keputusan ini tetapi sedang membina pasukan,” jelasnya oleh Utusan.

Advertisements

Beliau diberi mandat untuk membentuk sepenuhnya pasukan bagi mewujudkan saingan yang kompetitif buat pasukan lain apabila melangkah ke Liga Super musim hadapan. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram