Advertisements
Lim Teong Kim: Pemain Perak Mungkin Masih Tidur
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim memberi respon yang cukup pedih berkenaan hakikat persembahan pasukan Perak semalam.

Beraksi di gelanggang lawan, The Bos Gaurus jelas bergelut untuk memberikan persembahan terbaik apabila tewas dengan keputusan 3-1 kepada Penang.

Pengendali berusia 59 tahun ini bagaimanapun jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal menyaingi pasukan tuan rumah.

“Separuh masa pertama, Perak memang teruk. Mereka mungkin masih tidur agaknya. Separuh masa kedua, kita menukar beberapa pemain dan perlawanan terus berubah.”

Beliau juga merasakan bahawa kekurangannpemain import jelas memberi kesan yang besar terhadap perjuangan pasukan.

“Ya kerana kita bermain dengan dua pemain import sahaja. Dan kebanyakan pemain kita pemain Melayu, jadi ia satu kelemahan kepada kita juga. Kalau kita ada pemain naturalisasi, itu mungkin saja boleh jadi berbeza. Mereka juga tak perlu berpuasa.”

“Ini satu masalah yang kita hadapi, anda boleh lihat sendiri pemain-pemain kami, mereka tak dapat bertahan lama. Selalunya mereka boleh bertahan tetapi ini perlawanan pertama dalam bulan puasa,” jelasnya kepada Astro Arena.

Teong Kim mengakui masih terdapat banyak kekurangan yang dipamerkan oleh pemain muda Perak namun perlu segera mencari formula untuk memperbaiki persembahan pasukan.

Perak dijadualkan bertemu JDT di laman sendiri pada 4 April hadapan sekaligus menghadapi cabaran paling sukar musim ini.