Lim Teong Kim Sedih Lihat Nasib Pemain Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim bersimpati dengan nasib para pemainnya selepas dibelasah teruk oleh Selangor.

Pengendali berusia 59 tahun itu kelihatan sudah buntu untuk terus memacu kudrat The Bos Gaurus apabila pasukan pelawat berjaya merobek gawang gol mereka sebanyak 4 kali.

Menerusi satu kenyataan kepada Astro Arena, beliau mengakui bahawa kualiti yang dimiliki oleh para pemainnya terhad sehingga tidak dapat menandingi kudrat pemain Selangor.

Advertisements

“Kalau kita lihat dari segi jumlah jaringan itu memang mengecewakan tetapi corak permainan yang kita tampilkan itu boleh tahanlah.”

“Gol-gol yang dilepaskan oleh pemain Perak itu gol yang mudah tetapi itulah kualiti pemain kami dan saya berasa sedih buat pemain kami (Perak),” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas pengendali skuad muda Bayern Munich ini bagaimanapun yakin para pemainnya akan belajar sesuatu untuk bangkit daripada kekecewaan ini.

Advertisements

Teong Kim juga menyifatkan bahawa para pemainnya berdepan dengan salah satu pasukan terbaik di Malaysia.

Perak akan terbang ke Likas bagi menghadapi Sabah sambil berharap untuk memperbaiki kedudukan liga ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram