Lionel Messi Akan Terbang Bersama Argentina Hadapi Indonesia
Asia Tenggara
@RoyNemer
Advertisements

Dengan dua perlawanan persahabatan Argentina diadakan di Asia pada Jun ini, ramai bimbang tidak dapat melihat kelibat legenda Albiceleste, Lionel Messi. Tetapi hari ini, penyerang Paris Saint-Germain itu mengesahkan bakal menyertai skuad yang dibimbing Lionel Scaloni itu untuk dua aksi ujian berkenaan.

Menurut laporan El Destape, Messi sudah memaklumkan penyertaannya kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan Scaloni. Walaupun sedar ia hanya berstatus perlawanan persahabatan biasa, beliau memberi jaminan akan menyertai skuad yang dilatih bekas pemain pertahanan Deportivo La Coruna itu.

Ini sudah pasti memberi kelegaan kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Bola Sepak Australia (FA). Ini kerana dua aksi persahabatan menentang Australia dan Indonesia di Beijing, China dan Jakarta, Indonesia pada 15 dan 19 Jun dianggap lebih bermakna dengan kehadiran bekas penyerang Barcelona itu.

Advertisements

Ini sekaligus menambah elemen glamor pada dua aksi berkenaan bersesuaian dengan status Messi sebagai bintang legenda dunia. Dan pastinya ramai peminat bola sepak di sebelah Asia tidak mahu melepaskan peluang melihat beliau dengan lebih dekat.

Dijangkakan majoriti pemain yang membantu Argentina bergelar juara Piala Dunia 2022 akan menyertai skuad berkenaan. Malah, beberapa pemain muda juga dijangka disenaraikan oleh Scaloni termasuk bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho.

Dua aksi tersebut merupakan perlawanan persahabatan terakhir yang bakal diharungi Argentina sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan yang bermula pada September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram