Lionel Messi Pasang Impian Terakhir Sebelum Bersara
Eropah
CONMEBOL
Advertisements

Pemain lagenda Argentina, Lionel Messi telah memasang impian terakhir buat dirinya dan juga Argentina sebelum bersara sebagai pemain bola sepak.

Melalui satu hantaran yang dikongsikan di laman X Transfer News Live, Messi dikhabarkan mahu menyertai skuad bawah 23 tahun Argentina bagi kempen Sukan Olimpik 2024 Paris.

Selain Lionel Messi, rakan senegaranya yang juga merupakan tonggak utama Benfica, Angel Di Maria juga menyatakan minat untuk bersama skuad Olimpik Argentina.

Advertisements

“Lionel Messi dan Angel Di Maria mahu bermain di Sukan Olimpik musim panas ini (Paris) bersama Argentina, jika mereka layak.

“Kedua-dua pemain Argentina itu masing-masing berusia 37 dan 36 tahun dan akan dilatih oleh Javier Mascherano (Jurulatih Bawah 23 Argentina),” coret Transfer News Live di laman X.

Untuk rekod, Messi dan Di Maria adalah sebahagian daripada skuad Argentina yang menggondol pingat emas acara bola sepak Olimpik 2008 Argentina di Beijing.

Advertisements

Messi dan Di Maria bersedia untuk mencapai kejayaan berganda bersejarah bersama pasukan kebangsaan, selepas merangkul Piala Dunia di Qatar pada Disember 2022.

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada Argentina sama ada berjaya melayakkan diri ke acara itu ataupun sebaliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram