Liridon Krasniqi Bakal Beraksi Di Austria?
Dunia
Liridon Krasniqi
Advertisements

Pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi kini dikaitkan dengan perpindahan ke salah sebuah pasukan yang berpangkalan di Eropah.

Perancang berbakat ini sebelum ini dipinjamkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Odisha FC dalam tempoh 6 bulan.

Sungguhpun beraksi dengan cukup cemerlang, khidmat pemain kelahiran Kosovo ini tidak diteruskan oleh kelab menjelang musim baharu.

Advertisements

Sepanjang berkelana di India, bekas bintang Kedah ini berjaya menjaringkan beberapa gol penting buat pasukan.

Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan oleh wartawan sukan, Gary Lungard, pemain berusia 30 tahun ini bakal melengkapkan perpindahan ke Liga Austria.

Pemain yang mesra disapa Matdon itu dikatakan bakal melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen empat Austria iaitu ASKO Dionysen.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Thailand selain dikatakan bakal kembali beraksi di Kosovo.

Namun begitu, kelab yang berpangkalan di Traun, Austria itu dijangka menjadi pilihan Liridon untuk mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Liridon mahupun kelab tersebut untuk mengesahkan perpindahan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram