Liridon Krasniqi Bakal Tinggalkan Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC berdarah Kosovo, Liridon Krasniqi bakal meninggalkan pasukan itu selepas tamat kempen Liga Malaysia (Liga M).

Ini berdasarkan perkhabaran yang didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini.

Antara sebab yang mendorong beliau meninggalkan skuad Peteh ialah mencari cabaran baru bersama pasukan lain pada tahun hadapan.

Advertisements

Sebelum ini, Liridon menyertai Terengganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Disebabkan status ini, beliau tidak dapat membantu skuad Penyu dalam beberapa perlawanan menentang Harimau Selatan.

Bagaimanapun, menjelang aksi final Piala Malaysia 2023, beliau boleh beraksi mewakili Terengganu selepas meninggalkan Harimau Selatan dan menyertai skuad Peteh dengan kontrak sebulan.

Musim 2023 menyaksikan Liridon telah merekodkan 27 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia dan Piala AFC.

Advertisements

Dalam tempoh tersebut, bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu telah menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram