Status Liridon Krasniqi Bersama Terengganu Akhirnya Terjawab
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Status perancang tengah pasukan Terengganu FC, Liridon Krasniqi bagi aksi final Piala Malaysia 2023 akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

Pengendli kelahiran Croatia itu memberitahu ketika sesi sidang media pra perlawanan bagi aksi final Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 9 Disember 2023.

Beliau memberitahu bahawa pasukannya akan turun semaksimum mungkin untuk menjulang piala berprestij ini sejak 22 tahun tidak berjaya melakukannya.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai perancangan bagi aksi menentang Harimau Selatan, pengendali berusia 57 tahun itu mahu memastikan para pemain dalam keadaan bersedia bagi menghadapi aksi paling getir ini.

Sebelum ini, status pemain tengah pasukan, Liridon Krasniqi terjawab apabila beliau difahamkan menandatangani kontrak selama sebulan bersama skuad Peteh sekaligus boleh beraksi menentang JDT.

Tomislav memberitahu bahawa beliau mempunyai perancangan tersendiri buat para pemainnya sambil tidak mahu turun bertahan.

Advertisements
https://twitter.com/nikfalovic/status/1732642525733912588?s=46&t=bAmfkXi0Ko4NcjHbEdo_Og

“Liridon akan bersedia esok namun saya sudah mempunyai perancangan tersendiri. Beliau mungkin berada di bangku simpanan terlebih dahulu,” jelasnya.

Terengganu masih memiliki beberapa pilihan untuk mengemudi jentera tengah pasukan seperti Habib Haroon, Engku Syakir, Nurillo dan lain-lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram