Tano Solari: Mungkin Penyokong Lihat Senang, Sebenarnya Tidak
Piala Malaysia
Faris/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari optimis pasukannya bakal memberikan yang terbaik bagi aksi final Piala Malaysia 2023 berdepan Terengganu FC.

Pengendali kelahiran Argentina itu melihat detik final di Bukit Jalil menjadi momen yang paling penting buat anak buahnya untuk merangkul trofi ke-4 musim ini.

Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media pra perlawanan memberitahu bahawa pasukannya sudah melakukan persiapan sebaik mungkin.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Argentina ini juga yakin cabaran yang bakal diterima bukan mudah namun mereka akn berusaha sehabis baik.

“Terengganu merupakan pasukan yang bagus. Mereka juga bersedia seperti kami namun saya tahu dari pandangan penyokong, mereka menganggap ia mudab tetapi sebenarnya tidak.”

Advertisements

“Tetapi mentaliti para pemain JDT sentiasa memburu kemenangan dan kami sentiasa mahu memenangi setiap perlawanan. Kami akan mengekalkan identiti kami, filosofi kami tidak akan berubah, mengawal bola, menyerang dan menekan lawan.”

Skuad Harimau Selatan memiliki motivasi terbaik selepas membelasah Perak di pentas separuh akhir Piala Malaysia sementara menang dua aksi terakhir Liga Super berdepan Kuching City dan Sri Pahang.

Advertisements

Perlawanan akhir JDT dan Terengganu bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8 Disember 2023 jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram