Advertising
Liridon Krasniqi & JDT Berpisah, Boleh Beraksi Di Final Piala Malaysia?
MakanBola
Terengganu FC

Masa depan pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi kembali menjadi bualan hangat apabila beliau difahamkan sudah tidak lagi bersama JDT.

Pemain berusia 31 tahun ini dipinjamkan ke Terengganu sejak awal musim 2023 dan menjadi watak penting pasukan di bawah kendalian jurulatiu, Tomislav Steinbruckner.

Bintang kelahiran Kosovo ini juga beraksi cemerlang ketika membantu skuad Peteh beraksi di pentas Piala AFC ketika berdepan lawan yang cukup hebat.

Ad

Menerusi perkongsian daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan juga laman Bola Muntah, bekas pemain Kedah Darul Aman ini sudah tidak lagi memegang status pinjaman daripada Harimau Selatan selepas kontraknya tamat pada November lalu.

Ad

JDT juga akan beraksi berdepan Terengganu di pentas Piala Malaysia 2023 pada 8 November 2023 sekaligus menjadikan pertembungan ini lebih menarik.

Ad
Ad

Sejak bersama JDT pada tahun 2019, Liridon sudah beberapa kali dipinjamkan antaranya ke Newcastle Jets, Odisha FC, Khon Kaen United dan terbaru Terengganu FC.

Ad