Jangkaan Liridon Krasniqi Benar-Benar Terjadi
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Kemaraan Terengganu FC ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 dihiasi dengan prestasi luar biasa yang dipmerkan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan penyerang import mereka, Ivan Mamut.

Kedua-dua pemain tersebut telah membuka mata banyak pihak mengenai kebolehan mereka selepas menonton aksi separuh akhir kedua menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) tempoh hari.

Namun begitu, baru-baru ini Liridon telah berkongsi mengenai video yang dirakamnya bersama Ivan Mamut. Liridon bertanyakan Ivan Mamut mengenai keputusan perlawanan menentang KL City. Penyerang dari Croatia menjangkakan Terengganu bakal menang 2-0.

Advertisements

Jangkaan tersebut meleset apabila Terengganu menang 2-1 dalam perlawanan tersebut. Berlainan pula dengan jangkaan Liridon. Liridon berkata kepada Mamut bahawa dirinya akan menyumbang satu bantuan gol kepada Mamut dan ianya benar-benar terjadi.

Liridon telah menyumbang satu bantuan gol kepada Mamut untuk gol kedua Terengganu pada minit ke-67 perlawanan. Mamut yang menerima hantaran dari Liridon terus membuat sepakan lencong menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Video tersebut telah dikongsikan Liridon melalui akaun TikTok miliknya. Difahamkan video tersebut telah direkod Liridon dua jam sebelum perlawnan separuh akhir kedua itu bermula.

Advertisements

Untuk rekod, Liridon sudah diturunkan dalam 22 perlawanan dalam kesemua pertandingan bersama Terengganu musim ini dengan beliau sudah meledak satu gol serta menyumbang dua bantuan gol.

Manakala buat Ivan Mamut, beliau telah diturunkan dalam 29 perlawanan bagi semua pertandingan domestik dan asia. Selain telah meledak 20 gol beliau juga telah menyumbang satu bantuan gol buat Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram