‘Saham’ JDT Melonjak Kepada RM54 Juta
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengecapi kejayaan dalam dan luar padang dengan penuh gemilang apabila menjadi kelab paling bernilai di Asian Tenggara ketika ini.

Pasukan bimbingan Tano Solari kini berada pada fasa akhir untuk merangkul satu lagi pencapaian memberangsangkan apabila bakal beraksi di pentas akhir Piala Malaysia 2023.

Skuad Harimau Selatan juga kini beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan memperoleh dua kemenangan setakat ini.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh laman Asean Football, JDT menjadi kelab paling bernilai di ASEAN sekaligus meninggalkan kedudukan dua jaguh Thailand, Buriram United dan BG Pathum United.

Anggaran nilai JDT ialah 9.93Juta Euro (RM50 Juta) berbanding Buriram United 8.90Juta Euro (RM44.8 Juta ) dan juga BG Pathum pada 8.10Juta Euro (RM4.07 Juta) pada akhir bulan September lalu.

Advertisements

Namun begitu, menurut kemas kini terbaru oleh laman Transfermarkt, saham JDT kini sudah melonjak kepada 10.65Juta Euro (RM54 Juta).

Satu lagi kelab Malaysia yang berada dalam kelompok 10 kelab paling bernilai di Asia Tenggara ialah Selangor FC dengan nilai 5.63Juta Euro (RM28.3 Juta).

Advertisements

Kejayaan ini sudah pasti memberikan motivasi tambahan kepada pasukan Malaysia untuk terus mencabar kelab lain di Asean.

https://www.tiktok.com/@fariszukeiman/video/7309437043006852353?_t=8hxIXwd8f4x&_r=1
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram