TMJ: JDT Kukuhkan Nilai Komersial Bola Sepak Malaysia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Seperti dijangka, bilangan penonton yang menonton perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) amat ramai terutama di platform milik penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M), Astro. Dan itu menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bahawa pasukan milik baginda memperkukuh nilai komersial bola sepak tanah air.

Hal ini bersandarkan kepada satu ciapan yang dikongsikan Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John dua hari lepas.

Antara perlawanan yang mendapat bilangan tontonan tinggi ialah Perlawanan Sumbangsih Harimau Selatan menentang Terengganu. Ia bukan saja mendapat tontonan tinggi di platform linear tetapi juga di Astro GO dan Sooka.

Advertisements

Selain itu, kemenangan 4-0 JDT ke atas Selangor di Stadium MBPJ beberapa minggu lepas turut mendapat tontonan ketiga tertinggi di platform linear dan Astro GO.

Ini bukan saja menunjukkan penonton tertarik dengan corak permainan menarik yang ditampilkan anak-anak buah Esteban Solari. Malah, ini menunjukkan potensi komersial JDT, satu perkara yang menjadi kebanggaan TMJ.

Advertisements

“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.

“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,” komen baginda dalam satu hantaran Instagram Johor Southern Tigers berkenaan hal ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram