Ads
Liga Super
Kedah FA

Pemain tengah naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi memaklumkan beliau hampir menyertai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk musim 2024/25.

Advertisements

Hal ini dinyatakan beliau dalam sesi soal jawab bersama peminat yang dibuat di platform Instagram Story baru-baru ini.

Advertisements

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, pemain tengah berusia 32 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements
Advertisements

Salah satu daripadanya ialah pasukan Kedah. Liridon bukan asing dengan pasukan itu kerana pernah beraksi untuk Kedah dari 2015 hingga 2019.

Kini, beliau mengesahkan bahawa khabar angin itu benar. Malah, pada satu ketika, Liridon turut mengadakan perbincangan bersama jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain.

Advertisements

Walau bagaimanapun, perpindahan Liridon ke Kedah tidak dapat direalisasikan disebabkan beberapa perkara yang timbul pada ketika itu.

“Memandangkan saya tak perlukan media, saya akan kongsikan perkara ini sendiri. Helo dan selamat sejahtera kepada semua. Saya mahu berkongsi satu perkara dengan keluarga Kedah saya. Saya sentiasa teruja untuk kembali beraksi bersama Kedah.

photo 2024 06 07 14.10.02 Liridon Krasniqi Kongsi Perbualan Awal Dengan Nafuzi Zain

“Sebelum musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi (Zain). Saya beritahu jurulatih yang saya berminat beraksi di bawah bimbingannya. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau gemar dengan (kualiti) yang saya ada dan mahu saya berada dalam pasukan.

“Akan tetapi, disebabkan beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan. Cinta saya terhadap Kedah sama seperti cinta saya kepada keluarga saya.

“Saya memberitahu perkara ini kerana mendapat banyak soalan berkenaan peluang kembali bersama Kedah. Saya ada menerima tawaran dalam beberapa bulan terakhir, dan saya mahu semua pihak tahu mengenainya. Semua atas dasar cinta, selamanya Hijau Kuning,” katanya yang mesra disapa Matdon.

Sepanjang bersama Kedah, Liridon membantu pasukan itu bergelar juara Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Advertisements

Sebelum ini, beliau turut menyatakan minat untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram