Tonton perlawanan antara Brazil vs Jepun dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA secara langsung dari Houston, USA.
Kejohanan Piala Dunia FIFA edisi 2026 kini memasuki pusingan kalah mati dengan 32 pasukan terbaik bakal turun berentap untuk memburu tempat ke peringkat seterusnya, dalam perjalanan mendakap trofi paling berprestij ini.
Perlawanan di peringkat 32 terbaik ini bakal menyaksikan aksi antara Brazil vs Jepun dijangka menjadi perhatian dan tumpuan peminat di seluruh dunia ketika mana juara dunia 5 kali itu akan bertemu jaguh Asia yang kini dalam prestasi terbaik.
Brazil yang muncul juara kumpulan C mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri manakala Jepun yang turut belum kalah mengumpul 5 mata selepas mengatasi Tunisia 4-0 dan mengikat Belanda dan Sweden di kumpulan F.
Cabaran Jepun tidak boleh dipandang mudah memandangkan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan skuad Samurai Biru ini berjaya menundukkan Brazil 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Tokyo pada Oktober tahun lalu.
Kesebelasan terbaik diramal bakal menjadi taruhan kedua-dua pasukan dengan Brazil akan menaruh harapan terhadap Vinicius Jr dan Matheus Cunha di jentera serangan untuk turun menggemput kubu Jepun seawal minit pertama.
Sementara di kem Jepun, nama-nama seperti Ritsu Doan, Ayase Ueda dan Zion Suzuki bakal menjadi pemain tumpuan pasukan gergasi Asia ini bagi meruntuhkan ego Brazil yang dianggap sebagai pasukan pilihan pada aksi kali ini.
Kesebelasan Utama Brazil vs Jepun
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Brazil vs Jepun
Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 1 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium NRG, Houston, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.