Tonton Buriram United vs Selangor di perlawanan akhir kedua ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2025-2026 secara langsung dari Chang Arena.
Pertembungan timbal balik kedua bagi aksi final ACC Shopee Cup antara Buriram United vs Selangor akan menyaksikan kedua-dua pasukan masih memiliki peluang untuk menjulang trofi kebanggaan bola sepak ASEAN ini.
Walaupun menang dalam aksi pertama lalu, Buriram United masih enggan selesa dengan kelebihan satu gol yang dibawa pulang dari Kelana Jaya itu selepas tandukan oleh Suphanat Mueanta menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.
“Kami mempunyai idea yang baik tentang apa yang akan kami hadapi esok,” kata jurulatih Buriram United, Mark Jackson seperti dilaporkan ASEAN United.
“Setiap pasukan boleh menyesuaikan diri dan mengusahakan pelbagai taktik yang berbeza, jadi kami perlu ambil kira tentang perkara itu.
“Bagi kami, inilah peluang sebenar untuk bermain di tempat sendiri dalam perlawanan akhir dan bermain dengan cara permainan kami. Itulah yang telah kami fokuskan dan usahakan minggu ini dan kami bersedia untuk perlawanan tersebut.”
Bagi kem Selangor pula, skuad Gergasi Merah terpaksa akur kehilangan khidmat dua tonggak utama iaitu Noor Al Rawabdeh dan Mo Abualnadi yang telah pun terbang bersama skuad kebangsaan Jordan bagi persiapan menghadapi Piala Dunia.
Kehilangan dua tonggak itu bagaimanapun tidak menghilangkan semangat pasukan untuk mencipta kejutan di Thailand seperti dilakukan ketika aksi peringkat kumpulan lalu yang menyaksikan Selangor dan Buriram United terikat seri 1-1.
Menarik untuk disaksikan percaturan oleh Kim Pan-gon tanpa khidmat dua tonggak utama itu sementara penyerang berbisa Buriram United, Guilherme Bissoli bakal kembali selepas selesai menjalani penggantungan sebelum ini.
Kesebelasan Utama Buriram United vs Selangor
Info Siaran Langsung Buriram United vs Selangor
Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu).
Masa: 8.00 malam waktu Malaysia
Venue: Chang Arena.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com