Tonton aksi China vs Malaysia bagi pusingan suku akhir Thomas Cup secara langsung dari Horsens, Denmark.
Malaysia meneruskan langkah di pentas Thomas Cup 2026 dengan mara ke pusingan suku akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan B di tangga kedua, di belakang Jepun.
Permulaan positif dilakar kem negara apabila mencatatkan kemenangan dalam dua aksi pertama ke atas England dan Finland sebelum tumbang kepada Jepun pada perlawanan terakhir kumpulan.
Selaku naib juara kumpulan B, Malaysia telah diundi bertemu juara bertahan yang juga pemenang 11 kali Thomas Cup iaitu China di pusingan suku akhir untuk merebut tiket ke separuh akhir.
Sandaran utama skuad badminton lelaki negara pasti kepada gandingan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun selaku beregu pertama Malaysia selain Lee Zii Jia andainya khidmat diperlukan pada masanya.
Senarai Pemain China vs Malaysia
Siaran Langsung China vs Malaysia
Tarikh: 1 Mei 2025 (Jumaat).
Masa: 4 petang waktu Malaysia.
Venue: Forum Horsens, Horsens, Denmark.
Siaran Langsung: Astro Badminton.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.