Thomas Cup: Senarai 8 Negara & Undian Penuh Suku Akhir
UltraSukan
BA Malaysia

Malaysia berdepan tugas sukar selepas berjaya layak ke suku akhir Thomas Cup 2026.

Saingan Thomas Cup 2026 bakal memasuki pusingan suku akhir selepas kesemua aksi peringkat kumpulan melibatkan 16 negara telah pun melabuhkan tirai pada awal pagi Khamis.

Dari kumpulan A, China menepati ramalan apabila mara ke suku akhir bersama India selaku dua negara terbaik manakala Jepun dan Malaysia layak dari kumpulan B.

Jaguh Eropah, Denmark turut layak ke suku akhir bersama Chinese Taipei dari kumpulan C manakala kejutan berlaku apabila Perancis mengiringi Thailand melepasi kumpulan D.

Sesi undian suku akhir pula menyaksikan Malaysia berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu China manakala Thailand akan berentap menentang Denmark dalam satu lagi aksi.

Jepun dan Perancis bakal bersaing merebut tiket ke separuh akhir sementara Chinese Taipei akan berdepan India di suku akhir nanti.

Pusingan suku akhir Thomas Cup bakal berlangsung pada Jumaat, 1 Mei 2026.