Live: Indonesia vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Info Siaran TV ASEAN Hyundai Cup
MakanBola
Lao FF

Tonton Indonesia vs Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan A ASEAN Hyundai Cup 2026 secara langsung dari Stadium Pakansari, Bogor.

Perlawanan antara Indonesia vs Vietnam bakal menjadi tumpuan peminat pada Isnin dengan kedua-dua pasukan turun membawa misi penting untuk memburu slot ke peringkat separuh akhir ASEAN Hyundai Cup edisi 2026 ini.

Aksi sengit dijangka berlangsung di Bogor ini dengan Indonesia memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri dan didukung ribuan peminat tatkala Vietnam membawa rekod 30 perlawanan tanpa kalah bersama Kim Sang-sik.

Walau bagaimanapun, prestasi Sang Garuda di bawah bimbingan John Herdman tak boleh dipandang mudah selepas mereka merekodkan dua kemenangan besar 5-1 dan 3-0 dalam dua aksi awal menentang Kemboja dan Timor Leste.

Sementara Vietnam pula baru-baru kempunan untuk mengutip 3 mata di laman sendiri apabila terikat seti tanpa jaringan bertemu Singapura pada Jumaat lalu sekali gus menjadikan persaingan di kumpulan A ini makin menarik.

Kesebelasan Utama Indonesia vs Vietnam

Info Siaran Langsung Indonesia vs Vietnam

Tarikh: 3 Ogos 2026 (Isnin).
Masa: 9.30 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia.
Siaran Langsung: RCTI+ Superapp.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com