Tonton aksi JDT vs Buriram United dalam saingan separuh akhir ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2025-2026 secara langsung dari Stadium Sultan Ibrahim.
Tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara bakal terarah kepada aksi separuh akhir pertama antara JDT vs Buriram United dengan misi utama untuk memburu tempat ke final Shopee Cup.
Kedua-dua kelab kini berada dalam prestasi berbeza tatkala JDT kekal mendominasi saingan Liga Super, Buriram United pula dikejutkan dengan dua kekalahan berturut-turut dalam aksi domestik.
Rekod pertemuan pula dilihat memihak Buriram United yang berjaya menumbangkan JDT dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini di pentas AFC Champions League Elite (ACLE).
Walau bagaimanapun, prestasi semasa dan rekod lalu tidak boleh dijadikan sandaran penuh apabila pertembungan kali ini dijangka bakal memberi satu pengalaman baharu untuk JDT dan Buriram United.
Kesebelasan Utama JDT vs Buriram United
Info Siaran Langsung JDT vs Buriram United
Tarikh: 6 Mei 2025 (Rabu).
Masa: 8 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com