Live: JDT vs Kuching City, Kesebelasan Utama & Siaran TV Final Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonton perlawanan JDT vs Kuching City dalam aksi final Piala Malaysia secara langsung dari TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pertemuan yang ditunggu-tunggu iaitu aksi JDT vs Kuching City di pentas akhir Piala Malaysia bakal menjadi perlawanan penutup musim 2025-2026 dengan jaguh dari selatan tanah air itu pastinya turun dengan misi pertahan kejuaraan.

Cabaran Kuching City bagaimanapun tidak boleh dipandang sebelah mata oleh kerana anak didik Aidil Sharin ini baru sahaja diangkat sebagai naib juara Liga Super dan menjadi wakil negara ke AFC Champions League Two (ACL2) musim hadapan.

Berdasarkan prestasi semasa, kedua-dua pasukan kini berada di tahap yang terbaik sekali gus menambah kerancakan aksi final Piala Malaysia edisi ini dan membuatkan para peminat mula merasai keterujaan untuk hadir ke TM Stadium Nasional.

Di kem JDT, Xisco Munoz selaku pengendali pasukan memberitahu bahawa nama Arif Aiman bakal tersenarai untuk menghadapi aksi final ini, namun keputusan untuk menurunkan pemain ini bergantung kepada penilaian akhir nanti.

“Saya amat gembira kerana esok, Arif Aiman akan kembali dalam senarai (pemain). Kita bakal lihat nanti jika beliau boleh bermain beberapa minit,” komen Xisco Munoz semasa sidang media praperlawanan.

Aidil Sharin pula lebih selesa Kuching City beraksi dengan status pasukan bukan pilihan pada perlawanan ini selepas cuma berbekalkan usaha keras tanpa kelibat pemain-pemain bintang tumpuan untuk sampai ke tahap ini.

“Untuk berada di sini, saya fikir sudah tentu ini bukan mudah kerana kita sebuah pasukan kecil. Kita tidak memiliki nama besar, kita tiada bintang-bintang besar dalam kelab tetapi ini berkaitan dengan kerja keras,” kata Aidil Sharin.

Kesebelasan Utama JDT vs Kuching City

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung JDT vs Kuching City

Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu).
Masa: 9.00 malam waktu Malaysia
Venue: TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com