Live: JDT vs Shan United, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACC Shopee Cup
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonton aksi JDT vs Shan United dalam saingan ACC Shopee Cup secara langsung dari Stadium Sultan Ibrahim.

Pertembungan JDT vs Shan United bakal menjadi tumpuan para peminat ketika mana skuad Harimau Selatan pastinya ingin meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Shopee Cup musim ini.

Kedudukan semasa kumpulan B menyaksikan JDT berada di tangga ke-2 dengan mengutip 7 mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam aksi terakhir menentang Svay Rieng.

Berbeza pula dengan Shan United yang ketika ini berada di tangga tercorot kumpulan B tanpa mengutip sebarang mata setelah 3 kekalahan yang dicatatkan oleh wakil dari Myanmar ini.

Jika dilihat di atas kertas, JDT memiliki kelebihan besar bagi memungut 3 mata di laman sendiri berdasarkan kedudukan terkini skuad Harimau Selatan dan Shan United di kumpulan B Shopee Cup ini.

Kesebelasan Utama JDT vs Shan United

Info Siaran Langsung JDT vs Shan United

Tarikh: 29 Januari 2025 (Khamis).
Masa: 5.30 petang.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Claim Money Packet TnG