Live: JDT vs Shanghai Port, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACLE
MakanBola
Alif Syazani / MakanBola

Tonton aksi JDT vs Shanghai Port secara langsung dari Stadium Sultan Ibrahim

Pertemuan JDT vs Shanghai Port menjadi tumpuan dalam aksi minggu ke-6 ACLE selepas kedua-dua pasukan alami kekalahan 0-2 dalam perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Di kem JDT, semuanya tampak positif dengan Xisco Munoz menaruh kepercayaan kepada pemain sedia ada dan segala persiapan yang dilakukan dalam menghadapi Shanghai Port.

โ€œSaya bersikap positif hari ini kerana pasukan kita sangat bagus. Pasukan kita mahu cuba memberikan yang terbaik esok,โ€ jelas Xisco Munoz ketika sidang media pada Isnin.

Manakala Shanghai Port yang baru ditabalkan selaku juara Chinese Super League buat kali ke-4 bagaimanapun hadir dengan krisis kecederaan pemain yang menimpa beberapa tonggak.

Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam aksi ACLE musim lalu yang menyaksikan JDT bersama Shanghai Port sekadar seri 2-2 dengan dua gol Harimau Selatan dicetak oleh Arif Aiman.

Kesebelasan Utama JDT vs Shanghai Port

Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Port

Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Claim Money Packet TnG