Aksi MFL Challenge Cup menyaksikan pertembungan antara Kelantan Darul Naim vs Selangor.
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi bekerja keras dalam misi untuk melakar aksi konsisten setelah tersingkir dari saingan ACL2 dan Piala Malaysia.
“Saya berpuas hati dengan latihan kami, keputusan, cara kami bermain dan semuanya. Tetapi perkara yang paling penting ialah kami perlu mengekalkan (momentum) seperti itu.
Anda tahu setiap kali menang 4-0, ianya amat sukar. Kadang-kadang kami menghadapi perlawanan yang sukar seperti dua perlawanan sebelum ini iaitu Muangthong United dan Sri Pahang, perkara seperti itu.
Pengendali berusia 60 tahun itu berharap agar anak buahnya dapat meneruskan rentak konsisten bagi aksi mendatang.
“Tetapi perkara yang paling penting ialah kami perlu mengekalkan perkara seperti itu, percaya pada diri sendiri dan percaya pada masa depan mereka. Saya beritahu mereka tanpa kerja keras, kita tidak akan capai cita-cita,” katanya.
Kesebelasan Utama Kelantan Darul Naim vs Selangor
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Kelantan Darul Naim vs Selangor
Tarikh: 12 Disember 2024 (Khamis)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.