Aksi pembukaan ASEAN Championship menyaksikan pertembungan antara Kemboja vs Malaysia.
Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang selepas menjuarai Pestabola Merdeka 2024 sebelum rentak itu dibawa pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA.
Pengendali kelahiran Sepanyol ini bagaimanapun tidak mahu memandang rendah keupayaan negara ke-180 dunia sungguhpun memiliki kelebihan ranking.
“Mereka pergi ke Qatar untuk menempuh aksi persahabatan di sana. Jadi, kita tidak banyak maklumat tentang perkara itu. Baru-baru ini, mereka juga telah menukar jurulatih baru dua bulan yang lalu.
“Mereka ada tiga pemain baru (naturalisasi) yang belum pernah beraksi untuk pasukan itu. Jadi, apabila kita sampai ke sana, kita akan tahu.
Pau turut menjangkakan aksi sengir antara kedua-dua pasukan apabila beraksi di laman lawan.
“Perlawanan sudah pasti lebih sukar daripada sebelum ini dan kita beraksi di tempat lawan, kita perlu pamer aksi terbaik,” katanya dalam sidang media semalam.
Kesebelasan Utama Kemboja vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Kemboja vs Malaysia
Tarikh: 8 Disember 2024 (Ahad)
Masa: 6:45 Petang
Venue: Stadium Olimpik, Phnom Penh
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.