Tonton perlawanan KL City vs JDT dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia secara langsung dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Saingan Piala Malaysia kini kembali dengan pentas separuh akhir melibatkan aksi KL City vs JDT menjadi tumpuan buat peminat bola sepak tempatan bagi memburu bekalan selesa nanti.
Di atas kertas, JDT dilihat sebagai pasukan pilihan pada aksi kali ini setelah menggungguli rekod pertemuan antara kedua-dua buah kelab dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Rekod itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat juang pemain-pemain KL City yang pastinya mahu melakar kejutan seperti mana yang dilakukan ketika final Piala Malaysia 2021 lalu.
Kehadiran peminat dari warga kota pastinya turut memainkan perana penting untuk menyemarakkan lagi pertemuan antara kedua-dua pasukan ini sekali gus menjadi detik yang dinanti ramai.
Kesebelasan Utama KL City vs JDT
Info Siaran Langsung KL City vs JDT
Tarikh: 3 April 2025 (Jumaat).
Masa: 8.15 malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com