Piala Malaysia: Rekod Pertemuan KL City vs JDT Beri Gambaran Awal
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasrat untuk meneruskan rekod tanpa kalah mereka ke atas Kuala Lumpur City (KL City), yang kini mencecah 13 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk saingan Piala Malaysia.

Lebih mengagumkan, daripada 12 pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan, JDT berjaya mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan tersebut secara berturut-turut.

Kali terakhir KL City berjaya mengikat JDT adalah dalam aksi Liga Super minggu ke-11 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 30 April 2021.

Sejak itu, dominasi Harimau Selatan berterusan, bermula daripada perlawanan Liga Super minggu ke-22 musim 2021 hingga aksi minggu ke-11 Liga Super musim 2025/2026 yang berlangsung pada 17 Disember 2025 di venue yang sama.

Dalam tempoh tersebut, JDT mempamerkan keunggulan yang jelas apabila menjaringkan sebanyak 42 gol, manakala hanya dibolosi empat kali. Malah, dalam lima perlawanan terakhir, mereka turut mencatat tiga perlawanan tanpa bolos.

Selepas ini, JDT dijadualkan menentang KL City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia musim ini yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 3 April 2026.

Berdasarkan rekod dan prestasi semasa, Harimau Selatan dilihat sebagai pilihan utama untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Claim Money Packet TnG