JDT Berdepan 3 Aksi Penting Di Bulan April
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Tiga aksi penting bakal menjadi ujian paling getir buat Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang bulan April ini.

Musim ini menyaksikan Harimau Selatan mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila berjaya mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke pentas suku akhir ACLE buat pertama kali dalam sejarah kelab dan juga bola sepak Malaysia.

Selain itu, JDT masih meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Malaysia sehingga ke peringkat separuh akhir, dan dijadualkan bertemu pasukan dari ibu kota, KL City.

Harimau Selatan akan memulakan cabaran getir ini dengan aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia menentang KL City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Seterusnya, JDT bakal menerima kunjungan The City Boys bagi aksi timbal balik separuh akhir pada 7 April di Stadium Sultan Ibrahim.

Tidak terhenti di situ, JDT turut berdepan satu lagi cabaran besar pada 17 April dalam aksi suku akhir ACLE, apabila dijadualkan menentang pemenang antara Al-Ahli dan Al-Duhail di Jeddah, Arab Saudi.

Setakat ini, JDT telah berjaya menjulang dua trofi musim ini, iaitu Liga Super pada 15 Mac 2026 dan Piala FA pada 14 Disember 2025.

Claim Money Packet TnG