Pertemuan aksi ASEAN Shopee Cup antara Lion City Sailors vs KL City berlangsung tidak lama lagi.
Pengendali The Sailors, Aleksandar Rankovic mahu memastikan kemenangan memihak kepada anak buahnya agar dapat kembali beraksi baik pada peringkat antarabangsa.
“Dua aksi pertama kumpulan tidak berjalan seperti yang kita mahukan. Dalam aksi pertama, saya boleh kata kita tidak bernasib baik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.
“Akan tetapi, kedua-dua perlawanan diadakan di tempat lawan dan ini pertandingan baharu buat kita, kita masih menyesuaikan drii. Esok, kita bermain di gelanggang sendiri dan ini peluang untuk dapatkan mata pertama kita,” tambahnya.
Pengendali KL City, Miroslav Kulnjanac sudah melakukan persiapan rapi dalam misi untuk mencuri mata di gelanggang lawan.
Saya telah menganalisis pasukan Lion City Sailors dan cara mereka bermain (dan) mereka tidak banyak mengubah gaya permainan, ujar Kuljanac di sesi sidang media.
Kesebelasan Utama Lion City Sailors vs KL City
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Lion City Sailors vs KL City
Tarikh: 9 Januari 2024 (Khamis)
Masa: 7.45 Malam
Venue: Stadium Jalan Besar, Singapura.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.