Perlawanan sulung Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 antara Malaysia vs Palestin bakal diadakan pada Ahad di Dushanbe.
Skuad wanita Malaysia atau dikenali sebagai Malayan Tigress bakal turun menggalas misi penting untuk memungut 3 mata pertama dan memulakan perjalanan ke Asia dengan langkah kanan.
Sungguhpun begitu, pasukan kendalian Joel Cornelli ini bakal berdepan cabaran negara ke-134 dunia, Palestin dalam aksi pembukaan kumpulan H di Stadium Central, Dushanbe pada Ahad.
Walaupun bakal beraksi di atas padang rumput tiruan, namun Joel Cornelli tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah dengan pemain Malayan Tigress sudah mula membiasakan diri.
“Tapi bila anda bermain dalam kejohanan seperti ini, ya anda perlu bermain di atas padang itu dan kita cuba beradaptasi,” kata Joel Cornelli ketika sidang media.
“Kita cuba semasa kami berada di Kuala Lumpur untuk beraksi di padang tiruan.”
“Ia boleh diubah dan pemain kita semakin membiasakan diri (dengan padang tiruan) apabila beraksi di Malaysia,” tambah beliau yang baru memulakan tugas bersama pasukan wanita negara pada Mei lalu.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Palestin
Info Siaran Langsung Malaysia vs Palestin
Tarikh: 29 Jun 2025 (Ahad).
Masa: 10.00 Malam (waktu Malaysia).
Venue: Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan.
Siaran Langsung: Youtube Football TV Tajikistan.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.